DOA AGAR BANYAK BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT

Kita sebagai hambanya perlu sentiasa muhasabah diri supaya tidak berbangga diri dan sentiasa mengingatiNya.
Sentiasa memohon padaNya pertunjuk dan hidayah dalam menjalani kehidupan di dunia.
Amalkan doa ini,
" Ya, Allah, tolonglah aku dapat berzikir kepada Mu, bersyukur kepada Mu, dan memperelokkan ibadah kepada Mu.
(Riwayat Abu Daud no. 1522, dianggap sahih oleh al-hakim 1/273)

Friday, January 28, 2011

melukis mural dan kelas membuat coklat








Cuti akhir tahun  2010 macam-macam aktiviti yang dapat di buat.  Minggu pertama je dah ada aktiviti, buat mural tadika Islam Bestari di Banting Baru. Seronok kalau orang menghargai kebolehan kita ni.. bukan nak suruh orang puji tapi bagi sokongan dengan bakat dan kebolehan kita pun dah memadai.. Tak minta bayaran pun sebab aku pun membalas jasa-jasa cikgu tadika ni memberi anak-anak ku ilmu dari yang sulung hingga lah yang kecil.  Boleh membaca  dah buatkan aku terasa mereka berjasa. Berkat sungguh kebolehan guru-guru tadika ni sebab anak-anak mereka pun bukan calang-calang orang semua pandai dan cemerlang. Terima Kasih cik gu.











Boring duduk di rumah minggu ketiga pula aku cuba pula nak belajar buat  coklat, teringin pula nak buat coklat sendiri.  Tapi mesti ada ilmu, setiap sesuatu yang kita kehendakki mesti disertai dengan ilmu, tanpa ilmu kita tidak dapat menghasilkan sesuatu yang baik.  Aku pun mula mencari kursus yang paling murah iaitu di Kolej Komuniti Kuala Langat.. RM 40 sahaja.  2 anak perempuan ku yang berumur 13 tahun dan 14 pun turut sertai mengikuti kursus tersebut. Seronok buat coklat ni.. tapi kena rajin.  Tak pa mula belajar dulu, lepas tu dah ada kemahiran sikit boleh lah buat dan jual secara kecil-kecilan.. saja suka-suka.  Nampak hasil tangan sendiri ni puas hati... Macam orang berkarya seni... aku pun macam tu.. Kalau tak buat mural ke atau apa.. yang berkaitan dengan seni jadi tepu otak ni... walaupun dah umur makin......badan sakit pun kalau hasil tangan sendiri tu wow!!! rasa puas hatilah..

No comments:

Post a Comment